salam semua @_@

Monday, September 20, 2010

negara pesat. banyak maksiat. entri peringatan. salam sayang gua untuk semua.



Marilah bersama kita renungkan kata-kata ini.

Semoga segala perlakuan kita semua akan

sentiasa diberkati dan dirahmati oleh

Allah SWTpada setiap masa dan ketika.


* Di dalam hidup manusia,

yang penting ialah BERKAT.

* Bila hidup kita berkat,

diri ini akan selamat.

* Apabila diri selamat,

rumah tangga jadi sepakat.

* Apabila rumahtangga jadi sepakat,

masyarakat jadi muafakat.

* Apabila masyarakat jadi muafakat,

negara kita menjadi kuat.

* Apabila negara menjadi kuat,

negara luar jadi hormat.

* Apabila negara luar jadi hormat,

permusuhan pun tersekat.

* Apabila permusuhan tersekat,

pembangunan pun meningkat.

* Apabila pembangunan pun meningkat,

kemajuan menjadi pesat.


TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat,

kemajuan menjadi pesat ,

kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

* Ditengah-tengah itu,

tempat maksiat tumbuh macam kulat.

* Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

* KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

* Apabila manusia telah mengubah tabiat,

* ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.

* Apabila manusia dah jadi ulat,

sembahyang makin hari makin liat.

* Apabila sembahyang jadi liat,

orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

* Apabila orang baik bertukar jahat,

orang miskin pula nak kaya cepat.

* Apabila orang miskin nak kaya cepat,

orang tua pula nak mati lambat.

* Apabila orang tua nak mati lambat,

tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.

* Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.

* Semua nak tunjuk kuat.

* Bila berjudi, percaya unsur kurafat.

* Tapi hidup pula yang melarat.

* Tali kasut dah tak berikat.

* Rambut pun jarang sikat.

* Yang perempuan, pakai mini sekerat.

* Suka pakai baju ketat.

* Suka sangat menunjukkan pusat.

* Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

* Pakai pulak yang singkat-singkat.

* Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.

* Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

* Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.

* Duduk jauh berkirim surat.

* Bila berjumpa, tangan berjabat.

* Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.

* Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

* Usah peduli agama dan adat.

* Usah takut Allah dan malaikat.

* Yang penting apa kita nak buat?

* Kita ‘bukti’ lah kita buat.

* Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.

* Apabila perut kempis dah jadi bulat,

maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.

* Bila anak-anak tak cukup sifat,

jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat.

* MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

* Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.

* Habis manusia telah tersesat.

* Inilah dia fenomena masyarakat.

* Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,

* Marilah kita pakat mengingat,

* Bahawa dunia hari ini makin singkat,

* Esok atau lusa mungkin kiamat,

* Sampai masa kita semua akan berangkat! .

* Berangkat menuju ke negeri akhirat.

* Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.

* Masa tu, sindri mau ingat.

* Umur mu banyak mana mu buat ibadat …?

* Zaman muda mu, apa yang telahmu buat …?

* Harta benda anda, dari mana anda dapat …?

* Ilmu anda, adakah anda manafaat …?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat...




peringatan diri yang selalu lupa.

dirembat dari facebook hakim ahak's





13 comments:

zam.enol.arep said...

kenapa gua tak boleh tukar kaler font neh?

ceqJAY said...

=).. terbaek.
thx kerana mengingat.
moga ko dapat manfaat.
sbb bagi post bentuk tingkat2.
tapi ini nasihat yg berguna sangat.
=)

zam.enol.arep said...

cekjay? ade blog? haha.

LORD ZARA 札拉 said...

hehehe~

terima kasih berkongsi deh!

:)

P/S : kau tak boleh tukar color font kalau kau direct copy paste~

=p

zam.enol.arep said...

bermakna kanti lah d situ? haha. jenuh weh nak mnaip balik. =]

hamzah ian said...

seyes gua tak baca... kah kah kah..

panjang dow

zam.enol.arep said...

bace do. ni khas untuk ko ni. =]

Roxy zai said...

ohh..borang tu pasal herbalife punyaa. korang akan dapat borang ni untuk pantau kesihatan dr masa ke semasa dari segi kuantiti lemak, kandungan air dalam badan,kuantiti otot,kesihatan perut dan sbgainya laa. kalo nak tau lebih lanjut, leh add fb sy n msg laa ok?=)

emel: zai90_uia@yahoo.com

ni herbalife

ceqJAY said...

ye aku cekjay. ko jeles? ko kan zamenolarep.cube bc straight nm ko tuh.fuh.cun.=)

hafidzah hafidz said...

hmmmm, copy paste rasenye tak de mslh..tak leh tukar font kaler maybe sbb ko guna setting lama..sbb aritu pown aku kena..setting lama tu dah nak buang..pegi setting, cek under select post editor, click updated editor..jgn click old editor..kalau tak leh gak..LANTAK KO LAHH..haha..btw, nak kebaya aku?? boleh2..tapi muat ke?? hakhak..pakai baju melayu sude..jom join jom contest aku jom..mane tau aku tersuka dgn cara posing ko..kihkihkih

zam.enol.arep said...

roxy zai. la yeke? detail gle. bagus2. ill add u soo k. =]

jay. akmmg cung pong. kna sgt kalau dok blakang bumblebee. ahaha

zam.enol.arep said...

fiza. ak da tuka da. tgk nanti nxt post cmne. jap2. ak tgh plan2 nak masuk dua2 contest neh. wait n c. ill grab all da money. ngan ko ko skali ak rembat. muahahaha. =]

ceqJAY said...

ades. bumblebee aku jugak ko nk bantai..ahaha