salam semua @_@

Monday, October 4, 2010

bapa yang mengancam. kisah takut anak beromen, diromen atau teromen.


Kepada Bf anak gua, 

Peraturan 1: Kalau lu sampai kat pagar umah gua pastu dok hon…hon, pastikan lu bawak barang yang nak dihantar..sebab lu takkan ambil apa apa atau sesiapa.

Peraturan 2: Jangan lu pegang pegang anak gua depan atau belakang gua. lu boleh pandang dia, selagi mata lu tak merayau lebih dari paras leher anak gua. Kalau lu tak boleh jaga tangan lu dari dok pegang pegang anak gua..gua boleh tolong cabut dan jaga tangan lu kat rumah.

Peraturan 3: gua tahu sekarang ni fesyen budak budak pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender lu. gua ni open-minded, so gua takkan suruh lu pakai seluar tu elok elok macam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar lu takkan terbuka atau dibuka semasa ber’dating’ dengan anak gua, gua akan pakai stapler gun kat dalam laci gua ni untuk lekatkan seluar lu kat pinggang.

Peraturan 4: gua rasa mesti lu tahu pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari hari kat tv atau internet. Kalau tak pakai perlindungan cam kondom atau lain lain, lu mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh lu satu hari nanti. Meh sini gua nak bagitahu, kalau dengan anak gua ni, gua lah pelindung tu. dan gua akan mendatangkan sakit kat tubuh badan lu dan kemungkinan besar akan bunuh lu juga. faham?

Peraturan 5: Biasalah kalau lu nak berkenalan lebih baik ngan gua ni sebagai calon bapa mertua lu..lu nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain lain topik semasa. gua tak mahu dengar semua tu. Satu sahaja topik yang gua minat nak dengar: bila lu nak hantar anak gua balik ke rumah ni semula? Dan jawapan yang gua nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: gua rasa lu ni hensem, popular kat kolej/pejabat lu, banyak peluang nak dating dengan aweks aweks lain yang lagi kiut-miut..gua takde hal dengan kelebihan lu tu..selagi anak gua pun ok dengan kepopularan lu. Tapi, sekali lu dah couple dengan anak gua, lu jangan pandai pandai cari perempuan lain sampai la anak gua dah bosan dengan lu atau dia break-off ngan lu. Kalau lu buat anak gua nangis, gua pula akan buat lu nangis.

Peraturan 7: Sementara lu menunggu anak gua bersiap, jangan dok mengeluh kalau dia bersiap lama sangat. Kalau lu nak orang yang punctual, lu boleh dating dengan mat askar. Kalau lu bosan menunggu kat luar tu, tolong lah buat apa yang patut, macam basuh kereta gua atau cat pagar rumah gua ni.

Peraturan 8: Tempat tempat berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa apa tempat yang boleh duduk duduk atau baring baring. tempat tempat yang tiada kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat tempat yang gelap. Tempat tempat yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat tempat yang panas sampai membuatkan anak gua terpaksa pakai tshirt tiada lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai lu kena panaskan badan anak gua. Movie yang romantic, berunsurkan cium ciuman tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu gua. gua ni nampak sahaja perut buncit, kepala hampir botak, tapi gua akan tahu semua pergerakan lu dari spy spy upahan gua. Kalau gua tanya lu nak pegi mana, dengan siapa lagi yang join dengan korang, lu ada satu peluang sahaja nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. gua ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah gua ni. Selalunya gua dok menembak khinzir kat situ. Kalau gua tembak kepala lu kat belakang tu, tiada siapa yang nak tanya. Jangan main main dengan gua.

Peraturan 10: lu patut takut ngan gua ni..kalo boleh biar sampai sangat sangat takut. gua ni dok teringat ingat lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap senyap pastu dok berbual kat laman gua nak tembak..gua ingatkan komunis. Nanti dah habis dating, sampai kat pintu pagar, buka pintu kereta dan angkat dua dua tangan lu tinggi tinggi. Cakap dengan jelas “saya datang hantar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang lu nampak kat tingkap rumah gua ni ialah teropong senapang sniper gua.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf lu.



ohoooooooi. bila mata bertentang mata. 

gua ambil dari sini



13 comments:

adwafarahin said...

waa mmg like gler en3 u kali nie weyh..
sumpah like..ader butang like x?

adwafarahin said...
This comment has been removed by the author.
JULYA said...

sadis gile bapak gf lu ni

HasNieza said...

gler la der..lu bleyh jd bapak yg prihatin...like3

LORD ZARA 札拉 said...

LIKE button please...

hahahaha...

oh, aku boleh print out ni dan tampal kat rumah. sebab langsung takde orang berani dekat dengan aku...

kih3~

zam.enol.arep said...

adwa. camne nak letak button like? kasi ajar. ;]

julya. haha. ni gua kopi lalu paste je. bukan kisah peribadi gua.

zam.enol.arep said...

adwa. camne nak letak button like? kasi ajar. ;]

julya. haha. ni gua kopi lalu paste je. bukan kisah peribadi gua.

zam.enol.arep said...

jijah. aku nak buat style camni la esok esok. haha

zara. haha. nah amek amek. camne nak letak like button?

aina said...

like jugak~ tp apehal ngn ayat last tu? haha..

hamzah ian said...

fucker.. lu pegang gf lu skrg ni jgk kan??

tipu la lu tak romen2..

zam.enol.arep said...

haha. Demm lu. Gua mane ad awek. Lu la syap2 suda kawin. Tahi. Haha

mimizuzuhaha said...

nampak nya bila tua nanti perut ko akan buncit hihi

fndrocka said...

Penulis sebenar note memg kelakar dan cool habis