salam semua @_@

Friday, October 29, 2010

jika jari ini menaip laju. di dalam hati hanya Engkau dan aku.

.
Ya Allah Ya Tuhan. aku benar telah hilang. punca dan segala apa. tika ini aku rasakan kelemahan itu adalah benar tinggi. aku tak nampak jalan Ya Tuhan. bahkan aku tak nampak apa apa pun di hadapan. aku tak nampak Ya Tuhan. aku tak nampak.

simboliknya. jika ada pisau di tangan. aku mampu tikam semua insan. tetapi aku tiada daya melihat mereka kematian. sengsara. meronta. biar aku yang tertikam dengan pisau sendiri. bukan mereka. cita cita mereka besar untuk aku tamatkan begitu sahaja. aku tak mampu ya Tuhan. aku tak mampu.

aku mohon padaMu Ya Tuhan. pinjamkan aku sedikit kekuatan. untuk aku terus berjalan. biar perlahan. terus bernafas dalam kehidupan. aku tak minta kegembiraan. tak minta keseronokan. cukuplah secebis senyuman untuk aku lemparkan. padaMu ya Tuhan. aku bersujud dan mohon pertolongan. ku mohon ditunjukkan penyelesaian. jalan keluar. jalan yang benar. jalan yang lurus.

apa sahaja ketentuanMu aku terima. aku redha. kerana aku merancang. tetapi sebaik baik perancang adalah Engkau. Tuhan Yang Maha Berkuasa. Maha Bijaksana.




bismillah al-Rahman al-Rahim. 


.

9 comments:

hamzah ian said...

pesal zam? ym aku weh

mcya ismail said...

exactly wat i been through rite now....

Roxy zai said...

pada tika kita amat terseksa,di jalan buntu,dekatkan diri kita pada Allah coz dia sentiasa ada untuk kita..^__^

AyuE SurihanyOt said...

sabar ye zam...

akak cantik x smalam??ekekek

yuyu said...

zam,tuhan terlalu sayangkan kau sbb tu dia uji kau...bersabar..

MOFASAD said...

al-fatihah~

JULYA said...

kite d situasi yg same...klu boleh bunuh diri dah lame buat..semoga iman kita masih mengalahkan nafsu kite...amiiin

Muniey said...

sabar byak2 ye zam

orange.shaker said...

just pray that blessing always wif us::be strong bro::