salam semua @_@

Sunday, December 26, 2010

korea. day 1.

assalamualaikum.

secara ringkas trip ke Seoul ini adalah di bawah Global Outreach Program UTM yang dilaksanakan oleh Gas Engineering Student Society, GESS. delegasi dianggotai oleh Zam Ainul Arif, Hud-Hud, Lindan, Ashwene, Epol, Seadead, Nelson, Hakim, Deen, Lutpa, Dayah. Lean dan Dr Khairol Sozana sebagai penasihat. pengarah program korang takyah tanya siapa. yang penting beliau kacak taff dan budiman. ngahaha.

seperkara lagi. delegasi kami tidak menggunakan tour guide. semua maklumat dicari di internet dan khidmat kenalan di sana. jadi perjalanan disana bolehlah dikatakan main redah sahaja. jadi jom bersama gua, zamenolarep, meneroka bumi Seoul, Korea.



log perjalanan hari pertama. 12/12/2010.

perjalanan dimulakan dengan bismillah al-Rahman al-Rahim dan bacaan doa. baru kaf baa ro kaf alif taaa nun, khatan keberkatan! kan kan? haha

penerbangan ke Incheon Airport adalah dengan menaiki Air Asia X dengan harga RM1384 untuk penerbangan pergi balik (KL-Incheon, Incheon-KL). perjalanan mengambil masa sekitar 6 jam. suhu di Incheon pada ketika itu adalah 0 darjah celcius. perasaan ketika itu adalah ngantuk-teruja-penat-jakun-stim tgk pramugari sebab sejuk-syukur. ok lu gabungkan semua perasaan ni, pastu bayangkan muka gua. lu agak agak hensem tak gua masa tu? choiii. haha

dari airport Incheon kami ke bandar Singsael-Dong dengan mengambil pikap airport. satu pikap berharga 60 000 won dan boleh memuatkan 5 orang beserta bagasi yang besar gajah. perjalanan ke Singsael-Dong mengambil masa 1 jam. sepanjang dalam pikap tu gua belajar perkataan :

          • annyeonghaseyo = hello
          • gamsahabnida = terima kasih
          • ajeossi = pakcik
          • ne = ya *bahasa pasar
          • anyo = bukan *bahasa pasar


perjalanan ke Singsael-Dong mengambil masa sejam. kami menuju ke Hostel Korea, sebuah guesthouse yang lengkap dengan bilik, dapur, dobi, ruang tamu, wifi, tv dan sebagainya. penginapan sepanjang 7 hari 6 malam disana untuk 14 orang delegasi adalah 1300 000 won. ya guesthouse adalah pilihan yang terbaik untuk traveller macam kami. di Hostel Korea sudah ibarat rumah, bebas melakukan apa, kemudahan lengkap, boleh sembang2 dengan traveller dari negara lain ketika makan atau menonton tv. dan yang penting ada wifi untuk menghubungi keluarga. jika hotel, pergerakan dan aktiviti adalah terbatas.

sampai sahaja di Hostel Korea, kami check in, letak barang dan terus makan malam sambil membincangkan aktiviti perjalanan esok pagi.

hari pertama ini disudahi dengan aksi tido menggigil-gigil dan berehat untuk persediaan hari esok. jadi dengan itu, sekian sahaja log perjalanan hari pertama di bumi Korea. gua zamenolarep selaku wakil pihak penerbitan meninggalkan anda menikmati panorama di bawah.



won korea. 10 000 won = 30 henggek. *approximate


di LCCT KL. sebelum berangkat. gua tak buat pape eh belakang tu. haha


air asia. terbaek. kalau brek emergency memang patah lutut gua. haha


dalam penerbangan. ada snow dekat tingkap. mase ni jakun nak mati. haha


meal atas flight. kalau taknak order pun takpe. boleh bawak makanan sendiri. tadahal.


budak pompuan minat mamat korea ni. ada dekat 6 jam mamat tu macam tu. tak bergerak.

/

lu nampak tak minah korea sebelah gua tu? gua rasa nak sepak sepak. tido terlentok tak beragak.


gahahaha. lantak la.


air asia x. kredit kredit. yeah. ;]


welcome to Korea. annyeonghaseyo


di Incheon airport. membe gua. lutpa. omaigod omaigod. 


ok. ini yang gua cakap reaksi bercampur campur tu. muntah cepat muntah cepat. haha



hostel korea. dah macam rumah sendiri dah. thumbs up.


dan gamba terakhir ni sebagai pencuci mulut. nah hambek. hambek. haha


*hari pertama tak banyak gamba. tunggu esok punya cerita. ;]. salam



.

15 comments:

AyuE SurihanyOt said...

muka tak cukup stim la..minah tu bukan lentok kat bahu ko pon..kecoh lebih je kan...


huhu akak teringin gak nak tengok snow...ni asyik2 tengok snow dlm peti ais je...=(

JULYA said...

lu dak UTM ke...same la kite. tp kita part time je kat Semarak...jeles la gua ng lu

zam.enol.arep said...

kak ayu. xkan nk obvios stim. ada kena rogol plak nanti. haha. orang tua tua kata, stim stim kucing. hahaha

julya. haah. taun 3 kat skudai. hey. utm jugak? sanjungan bangsa skali. ;]

the Glove's owner said...

lah ko jamenol. kot ye stim sampai tekelua jambol. cheitt.

janna sapei said...

best tuuu:))

Miss SurferParadise said...

grr .. jeles2!!!
kemsalam ngan T-ara ... grrrr

nur hidayah isa said...

tak ramai ke yg pergi...nk pergi jugak....tiket 1384 je ek...murah jugak...

HazirahMahadzir said...

kau sikit pun tak kesian kt aku yg hari2 korek2 ais dari freezer.

inipaencomot said...

walaweh
lu da gi korea ek
boleh la aku kawenkan adek pompuan aku dgn lu
dia tu gila sgt mamat korea
aku pon tak paham
muahaha

mimizuzuhaha said...

bestnya bestnya

orange.shaker said...

korea?best2...:)

radzi said...

aku ada banyak xpuas hati kat sini zam¬

1 asal kau punya link 1 org awek mantap tu pergi ntah mana2?haish xpuas hati betul la¬aku dah teruja masa tekan tu...

2 asal xde gambar pramugari?
gambar perasaan kau nak muntah tu sape nak tgk....muka kau mmg cam tu selalu...dah setahun aku tgk xberubah-ubah

ape2hal pun keep up a good job!AKU NAK TGK PENINGKATAN LEPAS NI===kalau x aku tarik balik sponsorship aku===ingat!!! peningkatan!!!

lagi satu gambar profile tu!

radzi said...

hei aku ingat 2 je¬ni ada satu lg¬asal nak tunggu approval kau baru comment aku release¬haish super tension aku dibuat nya¬

zam2...kalau kau ada kat sebelah aku ni¬aku sepit pipi kau pakai sepit baju¬

Biela Sapine said...

Fuyooo !
nampak sayap kapal terbang
tak pernah naik kapal terbang, uwaaa

Jade Zayryn said...

korea t'BAEK r! haha. mamat korea uh taleh blah. nmpak snowflakes uh, comel gler ^____________^ tadepun hari kedua, tiga, empat...tujuh?