salam semua @_@

Sunday, October 31, 2010

ainul - sungai tui

.
video


apa boleh buat. tak ada rezeki mungkin. hahaha


.

Friday, October 29, 2010

jika jari ini menaip laju. di dalam hati hanya Engkau dan aku.

.
Ya Allah Ya Tuhan. aku benar telah hilang. punca dan segala apa. tika ini aku rasakan kelemahan itu adalah benar tinggi. aku tak nampak jalan Ya Tuhan. bahkan aku tak nampak apa apa pun di hadapan. aku tak nampak Ya Tuhan. aku tak nampak.

simboliknya. jika ada pisau di tangan. aku mampu tikam semua insan. tetapi aku tiada daya melihat mereka kematian. sengsara. meronta. biar aku yang tertikam dengan pisau sendiri. bukan mereka. cita cita mereka besar untuk aku tamatkan begitu sahaja. aku tak mampu ya Tuhan. aku tak mampu.

aku mohon padaMu Ya Tuhan. pinjamkan aku sedikit kekuatan. untuk aku terus berjalan. biar perlahan. terus bernafas dalam kehidupan. aku tak minta kegembiraan. tak minta keseronokan. cukuplah secebis senyuman untuk aku lemparkan. padaMu ya Tuhan. aku bersujud dan mohon pertolongan. ku mohon ditunjukkan penyelesaian. jalan keluar. jalan yang benar. jalan yang lurus.

apa sahaja ketentuanMu aku terima. aku redha. kerana aku merancang. tetapi sebaik baik perancang adalah Engkau. Tuhan Yang Maha Berkuasa. Maha Bijaksana.




bismillah al-Rahman al-Rahim. 


.

bahu ada rasa ringan sedikit. bukan sebab yokoyoko kejadah tu.

.

sebab:

akulah sang mantan



.

Tuesday, October 26, 2010

pakcik. lu ingat lu comel?

.

di suatu hari. di waktu tengahari.di pasar mini

zam ainul arif   : tokey ada jual winston light x?
bangla cashier : ada. u tunggu kejap k. *sambil berurusan dgn seorang pakcik.

pakcik ganyut : ni kira ni semua berapa.
bangla cashier : bla bla bla... RM6.30
pakcik ganyut : err kau bagi aku tu, pisau cukur tu.
zam ainul arif  : (dalam hati) lambat la. tadi taknak beli awal awal 
pakcik ganyut : nak potong bulu konek
zam ainul arif   : ( dalam hati)...terkejut mak nyah. bodoh apa. gua pon takde sebut sebut kemaluan gua di khalayak. bodoh bodoh.  lagi satu. bangla ni macam la tahu konek tu apa. rilex je muka beliau.
bangla cashier : nah. semua sikali RM7.30.

pakcik ganyut : err kau ada krim apa apa tak bagus untuk sapu kat muka? kasi kulit cantik.
zam ainul arif  : (macam biasa, dalam hati)...pakcik. lu nak kena lempang ke apa? lepas satu, satu.
bangla cashier : ada pakcik. tapi dua ratus libeh.
pakcik ganyut : eh. kita nak jaga muka nak jaga body. buat apa sayang duit?
pakcik ganyut : aku dah umur 60 lebih da. tengok steady je.
zam ainul arif  : (dalam hati)...steady? gua tengok penuh benci ada lah. demm.
pakcik ganyut : ni ko tahu spek itam aku ni berapa?
pakcik ganyut : RM900 ni aku beli. dalam kereta tu ada lagi satu. seribu lebih punya.
pakcik ganyut : semua ni aku beli kat oversea tau? ingat aku tak ada duit?
zam ainul arif  : (dalam hati) lu apahal pakcik cerita sorang sorang? orang tak tanya pun. lu punya spek tu gua tengok sama je dengan spek kat kaunter yang bangla ni jual. RM10. serius shit sama.

pakcik tu blah

zam ainul arif   : tu apahal tu?
bangla cashier : biasa la adik. err u tadi mau apa?
zam ainul arif   : winston light satu.
bangla cashier : wokeh. nah adik. lapan sitingah.
zam ainul arif  : ok nah. terimakasih.

tah macam mana, pakcik tadi tiba tiba ada kat belakang gua.

pakcik ganyut : err tadi terlupa satu barang lagi.
bangla cashier : apa dia pakcik?
pakcik ganyut : errr...rokok 'murah' satu. *muka tak bersalah.

alahai pakcik. lu buat gua ketawa tahu? hahaha


.

life is too short to hating others

.

terhibur gak tengok bloggers ni bergaduh kat blog masing masing. terima kasih la kerana menghiburkan kami di waktu malam malam sunyi ni ya.

cuma nak tahu. menang dapat apa? kalah dapat apa?

anon. lu jangan nak buat celaka kat blog gua pula. kalau ada telur sila tunjuk. gua bukan minat sangat ngan telur lu tapi orang orang cam lu serius shit mencemar dunia blog. tahu?




.

Monday, October 25, 2010

sesame malaysie. tonton cerita koriye.

.
budak bilik hujung floor tiba tiba terjah bilik member gua.


budak bilik hujung : ado outung in ma hak?
kawan : ???
budak bilik hujung : mu ado outung ing ma hakk dop?
kawan : apa tuh?
budak bilik hujung : ehemm ehemm. mu ada cherita autumn in heart tak?
kawan : ....... dalam hati * natang burik budak neh.




.

gua mahu pencen. penat. tapi alhamdulillah juga lah.


dengan ini amanah dan mandat akan diserahkan kepada anak muda yang lain.
dengan seribu harapan. supaya menjadi seribu kenyataan. insyaAllah. 


tiada istilah glamor dalam bekerja. semuanya adalah amanah. dituntut sesudah mati. ingat.


Friday, October 22, 2010

boleh tak jangan pentingkan diri? lu ingat kerja ni macam makan megi? kunyah. telan. berak. macam tu?

.

emak gua selalu pesan. kita kalau tak mahu tolong orang tidak mengapa. tapi jangan menyusahkan pula. tak kira lah siapa pun diri lu. selagi gua ada rasa hormat, gua hormat. kalau dah tak ada nanti, lu dengan jamban tu gua anggap sama sahaja.

gua buat kerja pun curi curi masa tahu? masa tidur, masa makan semua kena cut off. yang lu tahu apa? asal siap. senang lah lu nak menjawab nanti.

hidup ni bukan susah sangat. asal guna akal tulang empat kerat bak kata def gab c. masalahnya lu dah la pemalas, tulang berat. otak pulak lu letak betul betul celah ketiak.

dahulu gua pandang lu bersih. sekarang kemarahan gua mencanak canak tahu?




.

Thursday, October 21, 2010

suara wanita gersang dengan ayat manis. keterharuan di celahan malam.

.

serius shit. tapi mampu bagi senyuman jika tekanan melampau.

1) sila ke google translate.
2) taip "sah yar boo sook tuck mon dee. ker tee yuck poon dah hung it".
3) translate english to malay.
4) then klik listen


damn nice

.

Monday, October 18, 2010

pendek pendek


kawan : kau serius ke blogging ni?
gua : maksud kau?
kawan : kau punya entry bapak pendek pendek.
gua : oh aku tak pandai macam kau. 
kawan : kau kena la buat trademark kau sendiri.
gua : ni lah cara aku.
kawan : macam mana?
gua : macam ni. pendek.
kawan : oh. patutlah pendek.


hidup gua bukan hanya di sini. gua masih perlu tempuh duniawi. gua pun punya mimpi.


Sunday, October 17, 2010

dubai. kisah tujuh belas anak muda bersama satu perempuan separa tua


mereka semua mahu ke sini Disember nanti. doakan mereka diberkati.

wahai enam belas kawan dan perempuan separa tua, mari bekerja keras. bukan keras mencanak canak. itu lain. ini keras gila vavi punya keras.


Tuhan tolong bukakan jalan. kami mohon lalu dengan senyuman. insyaAllah.


.

Saturday, October 16, 2010

sebelum dan selepas. 1

.


situasi muda mudi. ah lu boleh nampak benda ni kat sekeliling lu. 


sebelum couple : setakat singa gajah anjing vavi tu gua pijak pijak je derr. *fuh. ketaq lutut dengaq.

selepas couple : sayaaaaaaaaang!.....nyawmuk giwgit. sakiiiiiiiiiiiiiiiieeeeeet. *ololololoh cumel minta lempang.



gua selalu senyum lihat mereka mereka. manusia itu nafsi nafsi kan?




.

Friday, October 15, 2010

gua tak sangka. mahu tengok gambar hamzah ian bogel?

asiskl 2005. sekolah lelaki. bukan sekolah gay. ah nanti lu cakap sekolah gay jugak.

alhamdulillah. menang contest terbang tinggi tinggi. contest GUA TAHU ITU SIAPA. dapat la rezeki sedikit buat suap anak isteri. tapi gua nak duit je. gua tak mahu domain tu. gua belum puas berjimba jimba sama belogsepot. kepada penganjur iaitu Hamzah Ian. lu dah ada no akaun gua kan? gua tunggu sahaja. apa apa pon gua ucap terima kasih. serius gua terdesak dan tak sangka contest yang gua masuk saja saja boleh menang pulak. Tuhan saja boleh balas jasa lu. duit hadiah gua ingat nak beli beras sedikit, gula sedikit, kopi sedikit. lebih lebih gua simpan. ayat nak tacing. kang ada yang masuk bersamamu. chaiiittt.


belum boleh senyum. belum boleh goyang kaki.


Wednesday, October 13, 2010

gua takkan punya bahagia. lu yang kata. gua rilex sahaja.

.

kawan. sekarang di bumi amerika. anak malaysia. tapi baju argentina


Mereka pernah berkata "lu takkan punya bahagia selagi lu tak dapat bezakan antara kekasih, sahabat, teman dan kawan".

Dan maaf. kerana gua memang tak pernah membezakan. walau apa sahaja perkataan lu gunakan, pada gua mereka semua tetap kawan. gua mungkin punya kawan yang baik di hati, atau mungkin jahat lagi semacam tahi. tapi selagi itu mereka masih kawan bukan?

Lu mungkin boleh senaraikan semua kawan lu mengikut turutan kepentingan. maaf sekali lagi kerana gua tak boleh. tak boleh. sebab mereka itu semua sama penting. dan untuk itu gua tak kisah jika gua tak punya apa itu yang lu kata bahagia.


lu ada kekasih. lu ada sahabat. lu ada teman. lu ada kawan.
gua? ada semua.




.

Tuesday, October 12, 2010

gua rindu yang dahulu. celah mana gua nak cari semula?





gua rindu sama dahulu sebab kadang kadang gua sendiri tak kenal siapa gua sekarang. 



ni siapa mamat ni? hah? hah?


komitmen dan masa memaksa manusia berubah tapi gua tetap rindu yang dahulu.
arghh. gua tak gemar ini perasaan. tak gemar.



.

Monday, October 11, 2010

prank member sampai mati. tidak sengaja. tapi apa mahu buat. dah mati.


video


dalam seronok seronok itu hujungnya kadang kadang boleh jadi gundah.


Sunday, October 10, 2010

lu curang. gua masih dara tahu? masih!


video


di hari hari minggu ini dok relax sahaja lihat video.


oh ya. selamat pengantin baru zaid, dahlia dan azie. moga bahagia. gua? lama lagi



gua mungkin bengis seperti singa. tapi gua nangis tonton cerita korea

video



Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta, apa kau pura-pura suka

Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu

Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas, jujur apa adanya

Aku lagi kenal dia

Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi

Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata

sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua

saya kenal sayang saya

Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa

Rahsia kita berdua..


(150 juta - fynn jamal)

.
gua teringat kat member gua yang bawa kereta besar kaler oren tu.
hoi hoi. ni lu ke? prasangka betul gua ni.



kawan. dalam diam hulur umpan. dalam hati gampang sialan.

.

assalamualaikum. hey morning. ok sedikit sahaja untuk hari ini.

katakanlah, lu tengah hempas pulas study gila vavi nak mati sebab lu ada paper test esok malamnya. lu pun baca punya baca buku dalam bilik lu. lu pergi bilik member lu jap nak tanya soalan yang lu tak paham. bilik beliau kunci. tapi kipas terbuka. senyap. lu blah. lu anggap baik sahaja. mungkin member lu sembahyang. yelah. hidup berTuhan kan?

lu sambung baca. try buat soalan. lu punya pahaman sekarang ada la dalam 50-60%. lu gigih. buat mana yang mampu. tapi dengan 50-60% tu kan manalah kukuh sangat ilmu yang lu belajar tu kan?

tiba tiba member lu yang tadi keluar daripada bilik. lalu depan bilik lu. pintu lu tak kunci. die nampak lu study pastu die menjerit GILA LAH KUAT STUDY. DAH DAH LA TU. apa lu rasa? nak ludah tak muka dia? kalau boleh nak ludah kat celah rambut dia kan?

esoknya. paper malam. petang lu sempat lagi cover mana yang patut. lu baca. apa sahaja teori yang lu paham lu pegang.  dan kawan lu tadi datang. dia sudah baca habis pastinya. dia tengok lu study. atas bawah. dia tak senang. takut lu score lebih daripada dia nanti. dia pon buat buat tanya soalan. EH NI KENAPA MACAM NI? BUKU NI SALAH NI. BUKAN PATUT MACAM NI KE? ok dia tanya macam tu pastu terus blah. lu pun selak balik daripada mula. lu cakap YG MANA BETUL NI?.

nampak tak lu dah tertanya tanya? teori yang lu hafal jadi cacamerba sekarang. paper yang lu target boleh score malam ni jangan haraplah lu nak score. member lu dah berjaya sebab member lu tu...............sialan.

hati hati dengan orang begini. mereka sebenarnya bukan tanya lu soalan. mereka meninggalkan lu dengan persoalan sebenarnya. sedangkan mereka dah tahu semua. hari hari gosok bontot lecturer takkan la tak tahu ye tak? fakoff!


kawan macam ni gua jumpa masa di UM dahulu.


.

Saturday, October 9, 2010

spender kembang.

situasi - gua hari hari tumpang kereta kawan gua. da masing masing bawak kereta, moto gua memang tak berfungsi sangat jadinya. satu hari gua saje mahu puji kereta kawan gua. yelah mahu ambil hati. dah la menumpang ye tak?


gua : lu tahu? banyak banyak kereta kat bawah blok kita ni, kereta lu paling smart sekali.

kawan : yeke? kereta tu smart lagi. *tuding jari kat kereta kelabu bajet cool.

gua : tak lah. kereta lu paling bergaya. stylo habis. gadis gadis selalu pandang.

kawan : peh! kembang spender gua lu puji puji.

gua : lu pehal? telur lu bengkak ke?

kawan : ...................................................................................bongok!



gamba penelur dan kereta beliau.



moto gua tinggal kat rumah. bosan bosan gua kayuh basikal.


.

Friday, October 8, 2010

tolong. gua mahu elaun besar punya. ribu ribu ada?

gua guna gamba ni boleh?
.
.
.
Assalamualaikum. Dear sir.
.
I am looking for internship in Oil and Gas field for next becoming Jun-August 2011. I am 3rd year (present) student of Chemical Engineering Gas (degree) from University of Technology Malaysia (UTM), Skudai. With this email i attached my resume. Looking forward to get an answer for this application. Thank you.
.
.
.
Zam Ainul Arif bin Abd. Halim
Faculty of Petroleum and Renewable Energy (FPREE UTM)
email : zamainularif@yahoo.com
phone : 012-911****



.
.
.cari betul betul. jangan esok lu LI jadi despatch, jadi budak fotostate.



.

Thursday, October 7, 2010

pagi yang tidak boleh blah.

.


pemanggil 1 : hai. nama saya kabinet dapur. saya tak puas hati dengan tuan saya. bla bla bla.....

pemanggil 2 : salam. saya sofa. kawan kawan saya semua dah kena buang. saya ni pun dibiarkan cuma untuk kucing landing landing sahaja. sedih kan saya? bla bla bla.......


apa kejadah radio era buat luahan perasaan dengan perabot? hah? hah? tension betul gua pagi pagi. tension tahu tension? pelempang mahu pelempang?


meja pingpong pun ada yang call. siap buat ayat tacing. demm.


.

Wednesday, October 6, 2010

dulu jalan pun kengkang. sekarang sepak laju tak payah cakap.

.




dahulu gua kaki bangku. bangku pun tak macam gua. tengok bola pun tiada nafsu. 
sekarang alhamdulillah sudah develop sedikit sedikit.


sekarang baru gua tahu kenapa orang kata "malu lah weh laki tak reti main bola".
yelah. belajar tak pandai mana. pointer rendah. rupa tak ada. suara katak. parent tak kaya.
kalau tak pandai main bola apa lagi yang lu ada?


dari bola bulat bongok tu pun kita boleh belajar tentang hidup. tentang semangat. tentang berkawan.


.

Monday, October 4, 2010

bapa yang mengancam. kisah takut anak beromen, diromen atau teromen.


Kepada Bf anak gua, 

Peraturan 1: Kalau lu sampai kat pagar umah gua pastu dok hon…hon, pastikan lu bawak barang yang nak dihantar..sebab lu takkan ambil apa apa atau sesiapa.

Peraturan 2: Jangan lu pegang pegang anak gua depan atau belakang gua. lu boleh pandang dia, selagi mata lu tak merayau lebih dari paras leher anak gua. Kalau lu tak boleh jaga tangan lu dari dok pegang pegang anak gua..gua boleh tolong cabut dan jaga tangan lu kat rumah.

Peraturan 3: gua tahu sekarang ni fesyen budak budak pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender lu. gua ni open-minded, so gua takkan suruh lu pakai seluar tu elok elok macam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar lu takkan terbuka atau dibuka semasa ber’dating’ dengan anak gua, gua akan pakai stapler gun kat dalam laci gua ni untuk lekatkan seluar lu kat pinggang.

Peraturan 4: gua rasa mesti lu tahu pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari hari kat tv atau internet. Kalau tak pakai perlindungan cam kondom atau lain lain, lu mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh lu satu hari nanti. Meh sini gua nak bagitahu, kalau dengan anak gua ni, gua lah pelindung tu. dan gua akan mendatangkan sakit kat tubuh badan lu dan kemungkinan besar akan bunuh lu juga. faham?

Peraturan 5: Biasalah kalau lu nak berkenalan lebih baik ngan gua ni sebagai calon bapa mertua lu..lu nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain lain topik semasa. gua tak mahu dengar semua tu. Satu sahaja topik yang gua minat nak dengar: bila lu nak hantar anak gua balik ke rumah ni semula? Dan jawapan yang gua nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: gua rasa lu ni hensem, popular kat kolej/pejabat lu, banyak peluang nak dating dengan aweks aweks lain yang lagi kiut-miut..gua takde hal dengan kelebihan lu tu..selagi anak gua pun ok dengan kepopularan lu. Tapi, sekali lu dah couple dengan anak gua, lu jangan pandai pandai cari perempuan lain sampai la anak gua dah bosan dengan lu atau dia break-off ngan lu. Kalau lu buat anak gua nangis, gua pula akan buat lu nangis.

Peraturan 7: Sementara lu menunggu anak gua bersiap, jangan dok mengeluh kalau dia bersiap lama sangat. Kalau lu nak orang yang punctual, lu boleh dating dengan mat askar. Kalau lu bosan menunggu kat luar tu, tolong lah buat apa yang patut, macam basuh kereta gua atau cat pagar rumah gua ni.

Peraturan 8: Tempat tempat berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa apa tempat yang boleh duduk duduk atau baring baring. tempat tempat yang tiada kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat tempat yang gelap. Tempat tempat yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat tempat yang panas sampai membuatkan anak gua terpaksa pakai tshirt tiada lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai lu kena panaskan badan anak gua. Movie yang romantic, berunsurkan cium ciuman tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu gua. gua ni nampak sahaja perut buncit, kepala hampir botak, tapi gua akan tahu semua pergerakan lu dari spy spy upahan gua. Kalau gua tanya lu nak pegi mana, dengan siapa lagi yang join dengan korang, lu ada satu peluang sahaja nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. gua ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah gua ni. Selalunya gua dok menembak khinzir kat situ. Kalau gua tembak kepala lu kat belakang tu, tiada siapa yang nak tanya. Jangan main main dengan gua.

Peraturan 10: lu patut takut ngan gua ni..kalo boleh biar sampai sangat sangat takut. gua ni dok teringat ingat lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap senyap pastu dok berbual kat laman gua nak tembak..gua ingatkan komunis. Nanti dah habis dating, sampai kat pintu pagar, buka pintu kereta dan angkat dua dua tangan lu tinggi tinggi. Cakap dengan jelas “saya datang hantar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang lu nampak kat tingkap rumah gua ni ialah teropong senapang sniper gua.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf lu.



ohoooooooi. bila mata bertentang mata. 

gua ambil dari sini



Saturday, October 2, 2010

banyak banyak burung. burung apa yang BESAR PUNYA?


percaya tak kek ni abang gua buat?
ok gua pun tak percaya. tapi gua terpaksa percaya.

klik sini 
sini pun boleh


gudluck weh mal. 


.