salam semua @_@

Sunday, December 26, 2010

korea. day 1.

assalamualaikum.

secara ringkas trip ke Seoul ini adalah di bawah Global Outreach Program UTM yang dilaksanakan oleh Gas Engineering Student Society, GESS. delegasi dianggotai oleh Zam Ainul Arif, Hud-Hud, Lindan, Ashwene, Epol, Seadead, Nelson, Hakim, Deen, Lutpa, Dayah. Lean dan Dr Khairol Sozana sebagai penasihat. pengarah program korang takyah tanya siapa. yang penting beliau kacak taff dan budiman. ngahaha.

seperkara lagi. delegasi kami tidak menggunakan tour guide. semua maklumat dicari di internet dan khidmat kenalan di sana. jadi perjalanan disana bolehlah dikatakan main redah sahaja. jadi jom bersama gua, zamenolarep, meneroka bumi Seoul, Korea.



log perjalanan hari pertama. 12/12/2010.

perjalanan dimulakan dengan bismillah al-Rahman al-Rahim dan bacaan doa. baru kaf baa ro kaf alif taaa nun, khatan keberkatan! kan kan? haha

penerbangan ke Incheon Airport adalah dengan menaiki Air Asia X dengan harga RM1384 untuk penerbangan pergi balik (KL-Incheon, Incheon-KL). perjalanan mengambil masa sekitar 6 jam. suhu di Incheon pada ketika itu adalah 0 darjah celcius. perasaan ketika itu adalah ngantuk-teruja-penat-jakun-stim tgk pramugari sebab sejuk-syukur. ok lu gabungkan semua perasaan ni, pastu bayangkan muka gua. lu agak agak hensem tak gua masa tu? choiii. haha

dari airport Incheon kami ke bandar Singsael-Dong dengan mengambil pikap airport. satu pikap berharga 60 000 won dan boleh memuatkan 5 orang beserta bagasi yang besar gajah. perjalanan ke Singsael-Dong mengambil masa 1 jam. sepanjang dalam pikap tu gua belajar perkataan :

          • annyeonghaseyo = hello
          • gamsahabnida = terima kasih
          • ajeossi = pakcik
          • ne = ya *bahasa pasar
          • anyo = bukan *bahasa pasar


perjalanan ke Singsael-Dong mengambil masa sejam. kami menuju ke Hostel Korea, sebuah guesthouse yang lengkap dengan bilik, dapur, dobi, ruang tamu, wifi, tv dan sebagainya. penginapan sepanjang 7 hari 6 malam disana untuk 14 orang delegasi adalah 1300 000 won. ya guesthouse adalah pilihan yang terbaik untuk traveller macam kami. di Hostel Korea sudah ibarat rumah, bebas melakukan apa, kemudahan lengkap, boleh sembang2 dengan traveller dari negara lain ketika makan atau menonton tv. dan yang penting ada wifi untuk menghubungi keluarga. jika hotel, pergerakan dan aktiviti adalah terbatas.

sampai sahaja di Hostel Korea, kami check in, letak barang dan terus makan malam sambil membincangkan aktiviti perjalanan esok pagi.

hari pertama ini disudahi dengan aksi tido menggigil-gigil dan berehat untuk persediaan hari esok. jadi dengan itu, sekian sahaja log perjalanan hari pertama di bumi Korea. gua zamenolarep selaku wakil pihak penerbitan meninggalkan anda menikmati panorama di bawah.



won korea. 10 000 won = 30 henggek. *approximate


di LCCT KL. sebelum berangkat. gua tak buat pape eh belakang tu. haha


air asia. terbaek. kalau brek emergency memang patah lutut gua. haha


dalam penerbangan. ada snow dekat tingkap. mase ni jakun nak mati. haha


meal atas flight. kalau taknak order pun takpe. boleh bawak makanan sendiri. tadahal.


budak pompuan minat mamat korea ni. ada dekat 6 jam mamat tu macam tu. tak bergerak.

/

lu nampak tak minah korea sebelah gua tu? gua rasa nak sepak sepak. tido terlentok tak beragak.


gahahaha. lantak la.


air asia x. kredit kredit. yeah. ;]


welcome to Korea. annyeonghaseyo


di Incheon airport. membe gua. lutpa. omaigod omaigod. 


ok. ini yang gua cakap reaksi bercampur campur tu. muntah cepat muntah cepat. haha



hostel korea. dah macam rumah sendiri dah. thumbs up.


dan gamba terakhir ni sebagai pencuci mulut. nah hambek. hambek. haha


*hari pertama tak banyak gamba. tunggu esok punya cerita. ;]. salam



.

Saturday, December 25, 2010

gua tak rasis. gua bukan 3 line. tapi kalau lu sepak bontot melayu, gua bakar lu satu family. dari atuk sampai cucu.

assalamualaikum. insyaAllah kalau tak ada aral melintang pukang, gua akan start update pasal trip Korea esok. sila kumpul plastik banyak banyak malam ni supaya esok senang nak muntah hijau tengok gua posing posing. gahaha.

sebelum blah gua tinggalkan lu semua dengan lirik ni. klik malique/mahathir.


Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai












.

Tuesday, December 14, 2010

gua cakap cakap keluar asap. bangga gila. haha



gua di  perantauan. suhu sejuk nak mati. lainkali gua sambung. harap semua baik baik sahaja. oh ya. emak, enol kat sini sehat. bye. ;]

Friday, December 3, 2010

kalau korea utara letup korea selatan, tak ke gegar bumi sendiri. ape ke bangang sangat.

.

assalamualaikum. hadirin dan hadirat. keparin dan keparat. sudah lama juga ya kita tidak bicara. *pekejadah ayat gua ini macam?

hey guys. lama kan gua senyap. post sebelum sebelum ni pon ringan ringan punya style. ringan ringan yang bermaksud malas malas, sikit sikit. bukan ringan ringan cemolot timun timun bagai. ok paham?

sebenarnya gua lagi bizi dengan final exam yang sumpah gampang. gampang bagi indonesian bermaksud mudah. tapi bagi malaysian, gampang adalah susah-gila-vavi-vavi-pon-tak-susah-macam-ni (dibaca dengan nada keras dan disusuli dengan carutan berpanjangan. harap maklum). kalau gantang, lain. gantang tu macam gua tengok kat cermin hari hari la kan? kan kan? hahaha.

paper gua dah habis semalam. sekarang tengah fokus untuk program global outreach program ke South Korea. asalnya program ni ke Dubai UAE. tapi ada masalah sikit so tukar plan ke Seoul, Korea. tapi haramjadah Korea sibuk nak perang pulak dah. gua tak tau la. gua pergi je ni. kalau apa apa jadi kat gua cakap ngan mak gua yang gua sayang beliau. cakap ngan kawan kawan gua, gua tak sengaja kalau pernah buat dorang terasa. cakap ngan lecturer2 gua, gua teringin nak rasa 4 flat. cakap ngan bakal isteri gua, gua nak kenal beliau lebih, gua nak jaga dia harini lebih baik dari hari semalam.

ape bende gua tulis neh? ni lah akibat study-konon-konon-hard-tak-tido-malam-padahal-online. T_T


.