salam semua @_@

Thursday, June 7, 2012

untuk kite-kite aje

gigih tak gua edit?
:]


When you try your best, but you don't succeed
When you get what you want, but not what you need
When you feel so tired, but you can't sleep

I will try to fix you

[ fix you - by coldplay ]


Tuesday, May 15, 2012

jangan pergi. nanti aku tiada hati..aku mati

aku bahagia dengan engkau kasih
ak bahagia dengan yang ku punya masih

mohon ampun aku padamu hati
setiap hari ku toreh separuh mati

engkau tiada langsung bersalah
aku yang mengheret begini susah

aku telalu bodoh. sombong angkuh
tidak sedar engkau juga punya hati rapuh

aku terlalu ikut emosi sendiri
buat kau berdarah dan berdarah lagi

tapi tolong jangan pergi
hatimu disini dan hatiku dah kau curi
bagaimana aku hidup tanpa dua ini?
hidup tanpa engkau bermaksud hidup tanpa erti
ibarat gitar tiada tali
ibarat hamster tak dapat kuaci

aku rindu saat dahulu
tatkala kau senyum ayu gitu
kini senyum itu sudah layu
air mata di alir satu satu
semuanya kerana aku...kerana aku

Ya Allah Ya Rahman
berikan aku kesempatan untuk aku bahagiakan orang yang aku kasih
berikan aku kemampuan untuk kupimpin dia. pada jalan bahagia mahu bertatih.





ini gambar yang sudah lama aku edit. terlupa mahu upload. aku tahu kau tunggu..


Wednesday, March 14, 2012

wordless wednesday petang dingin

.

rindu gila bapak nak jamming


T T


.

Friday, March 9, 2012

Thursday, March 8, 2012

i miss u day and night. because every time im in the dark, u come and bring the light.


.
You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like




If I take your heart, I will cherish it every day
If I take your heart, I will heal these old wounds
If I take your heart, it's to make it happy
If I take your heart, it's forever close to mine


.

Sunday, March 4, 2012

hujung minggu yang tettt....

.
buka microsoft excel
rapat-rapatkan kotak 
pastu buat ini
fuhh. cool...




berhibur gaya foreveralone 

T T


.

Saturday, March 3, 2012

jam yang amat ohsem

.
tali g-shock gua dah putus
gua jenis yang tak boleh tak pakai jam
gua pakai jam ke mana sahaja. hatta berak dan tidur
pada gua pergelangan tangan yang bogel adalah tidak seksi

so this thing gona be my new target



oh so ohsem. isnt it?


.

Friday, March 2, 2012

sekolah gay haramjadah

.

gua check traffic lagi....




celah mana plak mak sekolah gay ni nokk? mak dulu sekolah tahfiz ok. juara musabaqah. johan pertandingan tulisan jawi. ajk surau kampung. pakai songkok aji ada logo. petang-petang tengok al-kuliyyah. bukak youtube tengok ceramah je. sentiasa selet minyak wangi malaikat subuh. takkan la orang cam makkk ni nak sekolah tempat-tempat tak senonoh nauzubillahiminzaliq cenggituu. astaghfirullah...





kemain lagi ko google benda-benda macam tu. noty tawww...euuuww


.

Wednesday, February 29, 2012

wordless wednesday malam thursday

.




.

soon to be oil and gas engineer

.



this is the last fight.
ayomat geset go!


 .

Tuesday, February 28, 2012

meh la beli jubah daripada gua

.
tadi kat kelas lecturer gua kata
muka macam gua ni kalau nak buka kedai baju
tak boleh jual baju-baju trendy. baju k-pop sume tak boleh
tak boleh jual nanti kata beliau

beliau kata muka gua sesuai jual jubah ngan kopiah sahaja

gua rasa mata beliau silau lihat cahaya keimanan kat muka gua



.

Monday, February 27, 2012

gua nak tanya. gay sangat kah blog gua ni? T_T



tadi gua check traffic dan...





.....gua rasa macam....






%$@!^%@*&



dunia ini berputar. nasib manusia bertukar

.

terkadang sendiri duduk begini gua mula fikirkan hidup

ya, selama mana pun atas dunia gua berlegar
masih banyak yang gua perlu belajar
masih beribu benda mahu gua sambar
masih berjuta perkara mahu gua kejar

angan angan dalam kepala 'kalaulah gua kaya, gua mahu punya segala'
tapi apit kata, bila bicara tentang kalau, lembu terbang pun perkara biasa
ya benar, jika dengan kalau itu selesai semua
maka berpintalah manusia apa sahaja

tapi realiti?
lu boleh fikir sendiri. manusia itu dua tangan dua kaki
terkadang megah berdiri dengan nikmat berguni
terkadang di satu sudut terduduk menagih simpati
ya itu realiti duniawi

gua tidak mahu merungut
sepatah gua tak keluarkan dari mulut
hidup ini gua faham punya pasang surut
dilambung diterajang ombak laut

apa pilihan yang kita ada?
teruskan mengayuh atau terjun sahaja?
destinasi kita masih jauh, kalau kita teruskan kita berpeluh.
tapi kalau kita sengaja terjun jatuh. berenang dan terus jauh
itu bodoh...

gua gua. lu lu. dunia ini memang begitu
hari ini orang lain duk atas. kita duk bawah malu-malu
sesekali lepak-lepak kat bawah. lek lu sap kok lu
kita panjat slow-slow. kita cipta bahagia baru


kalau lu tak teruskan. lu tak akan tahu apa ada di hadapan.


.

Sunday, February 26, 2012

konsep minggu pertama di kampus

.
'jimat cermat amalan paling mulia gila bapak'.

lu boleh lihat 

plastik megi dimana mana tong sampah
rokok john instead of dunhill atau marlboro
amalan membasuh baju guna tangan dipraktikkan secara giat
budak budak futsal tak main sebab tiada bola baru. tiada kasut baru
penggemar teh o ais bertukar angin kepada 'o-ais' sahaja

kerana apa? kerana JPA Mara sume tak masuk lagi

T T

tapi ingat. senyum sahaja walaupun lu hanya punya sedikit rezeki.
kerana di luar sana ramai yang masih menagih simpati.

@_@

fakta :
bila lu duduk depan chicken chop lu baca bismillah je kan?
tapi kalau lu duduk depan megi kemain lagi baca doa penuh siap tadah tangan tinggi tinggi..

kan? kan kan?
:] 



Saturday, February 25, 2012

oi gua rindu lu

.

andai dunia punya seribu warna
pinjamkan gua hitam sahaja
untuk gua lukiskan dunia kita

berikan yang selebihnya pada dia
lukisan hitam perlu diwarna



selagi gua mampu. gua akan buat lu senyum begitu. selalu. :]



Friday, February 24, 2012

yang tergantung itu gua tenung. senyuman gua berkantung

.


terima kasih atas pemberian
terima kasih menjadi kurniaan
insyaAllah gua masih di atas jalan
gua tak lupa. yang tergantung itu selalu mengingatkan

terima kasih buat gua senyum :]