salam semua @_@

Monday, February 27, 2012

dunia ini berputar. nasib manusia bertukar

.

terkadang sendiri duduk begini gua mula fikirkan hidup

ya, selama mana pun atas dunia gua berlegar
masih banyak yang gua perlu belajar
masih beribu benda mahu gua sambar
masih berjuta perkara mahu gua kejar

angan angan dalam kepala 'kalaulah gua kaya, gua mahu punya segala'
tapi apit kata, bila bicara tentang kalau, lembu terbang pun perkara biasa
ya benar, jika dengan kalau itu selesai semua
maka berpintalah manusia apa sahaja

tapi realiti?
lu boleh fikir sendiri. manusia itu dua tangan dua kaki
terkadang megah berdiri dengan nikmat berguni
terkadang di satu sudut terduduk menagih simpati
ya itu realiti duniawi

gua tidak mahu merungut
sepatah gua tak keluarkan dari mulut
hidup ini gua faham punya pasang surut
dilambung diterajang ombak laut

apa pilihan yang kita ada?
teruskan mengayuh atau terjun sahaja?
destinasi kita masih jauh, kalau kita teruskan kita berpeluh.
tapi kalau kita sengaja terjun jatuh. berenang dan terus jauh
itu bodoh...

gua gua. lu lu. dunia ini memang begitu
hari ini orang lain duk atas. kita duk bawah malu-malu
sesekali lepak-lepak kat bawah. lek lu sap kok lu
kita panjat slow-slow. kita cipta bahagia baru


kalau lu tak teruskan. lu tak akan tahu apa ada di hadapan.


.

1 comment:

Anonymous said...

menarik laaa ayat..