salam semua @_@

Wednesday, February 29, 2012

wordless wednesday malam thursday

.




.

soon to be oil and gas engineer

.



this is the last fight.
ayomat geset go!


 .

Tuesday, February 28, 2012

meh la beli jubah daripada gua

.
tadi kat kelas lecturer gua kata
muka macam gua ni kalau nak buka kedai baju
tak boleh jual baju-baju trendy. baju k-pop sume tak boleh
tak boleh jual nanti kata beliau

beliau kata muka gua sesuai jual jubah ngan kopiah sahaja

gua rasa mata beliau silau lihat cahaya keimanan kat muka gua



.

Monday, February 27, 2012

gua nak tanya. gay sangat kah blog gua ni? T_T



tadi gua check traffic dan...





.....gua rasa macam....






%$@!^%@*&



dunia ini berputar. nasib manusia bertukar

.

terkadang sendiri duduk begini gua mula fikirkan hidup

ya, selama mana pun atas dunia gua berlegar
masih banyak yang gua perlu belajar
masih beribu benda mahu gua sambar
masih berjuta perkara mahu gua kejar

angan angan dalam kepala 'kalaulah gua kaya, gua mahu punya segala'
tapi apit kata, bila bicara tentang kalau, lembu terbang pun perkara biasa
ya benar, jika dengan kalau itu selesai semua
maka berpintalah manusia apa sahaja

tapi realiti?
lu boleh fikir sendiri. manusia itu dua tangan dua kaki
terkadang megah berdiri dengan nikmat berguni
terkadang di satu sudut terduduk menagih simpati
ya itu realiti duniawi

gua tidak mahu merungut
sepatah gua tak keluarkan dari mulut
hidup ini gua faham punya pasang surut
dilambung diterajang ombak laut

apa pilihan yang kita ada?
teruskan mengayuh atau terjun sahaja?
destinasi kita masih jauh, kalau kita teruskan kita berpeluh.
tapi kalau kita sengaja terjun jatuh. berenang dan terus jauh
itu bodoh...

gua gua. lu lu. dunia ini memang begitu
hari ini orang lain duk atas. kita duk bawah malu-malu
sesekali lepak-lepak kat bawah. lek lu sap kok lu
kita panjat slow-slow. kita cipta bahagia baru


kalau lu tak teruskan. lu tak akan tahu apa ada di hadapan.


.

Sunday, February 26, 2012

konsep minggu pertama di kampus

.
'jimat cermat amalan paling mulia gila bapak'.

lu boleh lihat 

plastik megi dimana mana tong sampah
rokok john instead of dunhill atau marlboro
amalan membasuh baju guna tangan dipraktikkan secara giat
budak budak futsal tak main sebab tiada bola baru. tiada kasut baru
penggemar teh o ais bertukar angin kepada 'o-ais' sahaja

kerana apa? kerana JPA Mara sume tak masuk lagi

T T

tapi ingat. senyum sahaja walaupun lu hanya punya sedikit rezeki.
kerana di luar sana ramai yang masih menagih simpati.

@_@

fakta :
bila lu duduk depan chicken chop lu baca bismillah je kan?
tapi kalau lu duduk depan megi kemain lagi baca doa penuh siap tadah tangan tinggi tinggi..

kan? kan kan?
:] 



Saturday, February 25, 2012

oi gua rindu lu

.

andai dunia punya seribu warna
pinjamkan gua hitam sahaja
untuk gua lukiskan dunia kita

berikan yang selebihnya pada dia
lukisan hitam perlu diwarna



selagi gua mampu. gua akan buat lu senyum begitu. selalu. :]



Friday, February 24, 2012

yang tergantung itu gua tenung. senyuman gua berkantung

.


terima kasih atas pemberian
terima kasih menjadi kurniaan
insyaAllah gua masih di atas jalan
gua tak lupa. yang tergantung itu selalu mengingatkan

terima kasih buat gua senyum :]